10 Perkara Merbahaya Ketika Berpantang

Kesihatan selepas bersalin perlu dititik beratkan untuk memastikan ibu berpantang dengan badan yang sihat. Dalam hal ini, kesihatan yang baik membolehkan ibu menguruskan bayi dengan bahagia. Namun, jika terdapat masalah dari segi kesihatan ianya memberi kesan buruk malah ada yang akan menyebabkan emosi tidak stabil. Terdapat beberapa jenis masalah kesihatan yang ibu berpantang ambil tahu dan perlu mencegahnya. 


Jika ibu berpantang mengalami masalah kesihatan seperti senarai dibawah ini, anda dinasihatkan untuk terus ke klinik atau hospital untuk mendapatkan pemeriksaan.


TANDA-TANDA KESIHATAN YANG MERBAHAYA KEPADA IBU BERPANTANG


1. Sakit Kepala Berpanjangan

Kesan sampingan suntikan epidural atau anestesia spina.


2. Tekanan Darah Tinggi

Jika tekanan darah tinggi selepas 6jam bersalin,risiko untuk hadapi masalah pre-eklampsia sepenuhnya amat tinggi.


3. Sakit pada Bahagian abdomen

Berasa penat, muntah dan loya serta merasa kelembutan pada atas abdomen ianya akan menjejaskan fungsi hati.


4. Nafas Pendek

Ianya berlaku apabila melakukan aktiviti yang aktif, perlu merujuk kepada doctor risiko untuk hadapi masalah Embolisme Pulmonary adalah tinggi.


5. Kehilangan darah dengan tiba-tiba

Denyutan jantung secara tiba-tiba menjadi laju, pening kepala, terasa ingin pitam dan ada keluar darah beku.


6. Sakit dada

Terjadi kerana ketegangan otot semasa proses meneran untuk bersalin. Juga merupakan tanda-tanda embolisme pulmonary.


7. Sakit betis

Kesakitan pada betis mungkin trombosis vena dalam (deep vein thrombosis – DVT). Ini adalah pembekuan darah pada vena dalam otot dan ia boleh membawa maut. Kadang-kala anda juga mungkin nampak tanda merah di pelipat, dan rasa berat atau panas di tempat darah beku.


8. Insomia, mudah rasa gelisah

Kekacauan pemikiran, terlalu mudah rasa gelisah, kekeliruan dan delusi boleh jadi permulaan sejenis keadaan kesihatan yang jarang berlaku, dikenali sebagai psikosis pospartum. Tanda-tanda kecil boleh berubah menjadi sakit mental yang serius dalam beberapa jam, jadi penting mendapatkan rawatan segera


9. Demam Panas

Demam panas sehingga mengigil adalah salah satu tanda jangkitan. Risikonya jankitan ini merebak kempat yang mudah terkena jangkitan iaitu pada ruang antara vagina dah rektum anda (perineum), luka pembedahan caesar, saluran kencing atau di uterus (rahim) anda. Jika anda ada jangkitan di dalam rahim, anda akan sakit di bahagian perut dan/ atau rembesan/ discaj faraj yang busuk


10. Tidak membuang air kecil dalam 6 jam pertama selepas bersalin

Jika anda tidak membuang sejumlah air kencing yang memuaskan dalam masa ini, anda mungkin mengalami masalah air kencing bertakung.



TIPS MENDAPATKAN KESIHATAN YANG BAIK SELEPAS BERSALIN



1. Mengamalkan pemakanan yang sihat semasa hamil

2. Melakukan aktiviti senaman semasa hamil

3. Sentiasa berfikiran positif 

4. Mendapatkan nasihat pakar jika ada masalah kesihatan semasa hamil

5. Sentiasa membuang check up seperti yang disarankan oleh pihak hospital

6. Kenal pasti tanda-tanda penyakit kencing manis, asma, darah tinggi dan lain-lain ketika hamil

7. Menyediakan ruang dan kemudahan berpantang yang selesa



UNTUK MEMASTIKAN KESIHATAN YANG BAIK, IBU BERPANTANG MEMERLUKAN NUTRISI SECUKUPNYA. ANTARA VITAMIN YANG MEMBANTU MENINGKATKAN TAHAP KESIHATAN PARA IBU ADALAH:-



Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)

Pengambilan vitamin ini membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kepada ibu kerana vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada si ibu. Oleh kerana vitamin ini diformulasikan dengan zat besi, ini boleh mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah. Sekaligus mengelakkan si ibu berasa letih dan kelesuan yang berpanjangan.


Vitamin B-Complex

Pengambilan vitamin B-Complex boleh membantu meredakan stress dan tekanan yang dihadapi oleh ibu di sepanjang proses bepantang. Di samping membekalkan tenaga dan membantu keseimbangan hormon. 


Vitamin C

Pengambilan vitamin C sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal mahupun pembedahan. Vitamin ini membantu membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin. Bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit. Selain itu, pengambilan vitamin ini penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.


Ostematrix

Pengambilan Ostematrix atau kalsium Shaklee boleh membantu masalah sembelit. Membantu mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu yang berpantang. Selain itu, Ostematrix membekalkan si ibu keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak. Berupaya menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang.


ESP Soy Protein Isolate Powder

Pengambilan ESP sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang.  


Alfalfa

Raja segala tumbuhan, Membantu meningkatkan imunisasi juga mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu.ia juga membantu ibu-ibu yang menyusu mencepatkan penghasilan susu ibu.


AMALKAN SUPPLEMENT SHAKLEE YANG SEMULA JADI UNTUK MEMBANTU FUNGSI BADAN MENDAPATKAN NUTRISI SECUKUPNYA DAN MEMBOLEHKAN ANDA MENIKMATI KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN BAIK


You Might Also Like

0 comments

Daripada anda semua beli daripada dealer yang tidak tahu sah atau tidak ahli keshakleeannya, baik korang semua daftar terus jadi ahli shakl...