Cara Atasi Masalah Ruam Leher Pada Bayi

Kulit bayi sememangnya sangat sensitive, sebab itu mereka kerap kena ruam, bintik-bintik merah dan masalah kulit lain. Sebagai ibu, kita seharusnya peka terhadap masalah ini untuk memastikan bayi kita dalam keadaan sihat dan baik. Tidak dinafikan, masalah ini hampir menjadi perkara wajib yang perlu dilalui oleh semua ibu. Walau bagaimanapun, jika ruam ini semakin teruk, ianya memberi kerisauan kepada ibu kerana kebiasaanya bayi akan meragam dan tidak selesa.



Ruam terjadi apabila kulit terkena bahan yang memberi keradangan. Bukan hanya bayi, orang dewasa juga risiko menghadapi masalah ini. Namun, entry kali ini kita focus kepada ruam bayi. 


PUNCA RUAM BAYI


1. Keradangan apabila terkena bahan alergik – sabun, minyak, losyen

2. Terkena serangga – nyamuk, semut, hama pada bantal atau tilam

3. Kulit terlalu kering – kulit kering memberi kegatalan pada kulit 

4. Kulit lembab – memberi ruang kepada bakteria merebak


JENIS-JENIS RUAM BAYI



1. RUAM SUSU


Merah-merah, bengkak, biji-biji halus biasanya pada Bahagian pipi bayi merupakan ruam susu ekoran daripada lebihan susu yang tidak dilap dan dibiarkan meleleh pada pipi bayi. Ruam susu ini memberi rasa gatal dan panas membuatkan bayi sentiasa meragam dan tidak lena tidur. 


2. RUAM PANAS


Cuaca atau persekitaran yang kering dan panas membuatkan bayi rimas dan menjejaskan kulit bayi. Ruam ini biasanya dibahagian lipatan seperti leher, siku, bawah lengan, lipatan lutut dan peha bayi. Kelenjar peluh bayi masih tidak matang dan apabila cuaca panas, ianya membuatkan badan bayi berpeluh, dan pori kulit tersumbat membuatkan ruam panas timbul. Pakaian ketat juga membuatkan suhu bayi meningkat dan berisiko ruam panas


3. RUAM LAMPIN


Keradangan dan ruam timbul apabila bayi memakai lampin/pampers terlalu lama. Kulit bayi yang terdedah dengan air kencing dan najis memberi keradangan pada kulit dan memberi rasa gatal. 


4. ECZEMA


Memberi rasa gatal dan tak selesa dan keadan menjadi teruk apabila ianya memberi kesan sehingga berdarah dan keluar air. Bahagian yang biasanya terjadi adalah pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki.


5. ALERGIK


Faktor pemakanan membuatkan alergik kepada kulit bayi. Ianya berkait rapat dengan pemakanan ibu jika bayi masih menyusu badan. Bagi ibu yang tidak menyusukan badan ianya pemilihan bahan tenusu yang tidak sesuai dengan bayi. Kebiasanya bahan tenusu daripada lembu membuatkan alergik, jika itu berlaku ibu boleh tukar kepada bahan tenusu berasaskan soya.


CREAM SELAMAT DAN BERKESAN ATASI MASALAH RUAM BAYI


HERBAL BLEND CREAM

CREAM HERBAL BLEND BERBEZA DENGAN CREAM LAIN KERANA :

1.                  Dingin pada kulit
2.                 Ekstrak herba semulajadi
3.                 Tidak berminyak
4.                 Mudah meresap
5.                 Aroma menyenangkan
6.                 Mudah digunakan
7.                 Mudah dibawa
8.                 Sesuai untuk semua golongan
9.                 Dijamin berkesan
10.             Halal
11.               Tanpa paraben dan steroid

KELEBIHANNYA ADALAH :

1. Melembutkan kulit / tumit kasar @ pecah

2. Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala 

3. Menghilangkan luka dan merawat eczema

4. Melegakan gigitan serangga / nyamuk

5. Merawat kulit gatal

6. Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox

7. Losyen harian untuk kulit kering

8. Krim urut badan lenguh

9. Merawat kesan luka melecur 

10. Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat

11. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga

12. Ubat luka atau melecur

13. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu

14. Menghilangkan parut

15. Losyen harian



Berdasarkan testimoni sendiri, saya berani syorkan kepada ibu-ibu diluar sana untuk mencuba cream ini untuk atasi masalah ruam bayi anda, sangat berkesan dan selamat. Cream ini juga sangat jimat, 1 tiub boleh tahan 6-8 bulan. 



You Might Also Like

0 comments

Daripada anda semua beli daripada dealer yang tidak tahu sah atau tidak ahli keshakleeannya, baik korang semua daftar terus jadi ahli shakl...