Cara Menjaga Kaki Pesakit Kencing Manis

Penjagaan rapi diperlukan oleh pesakit kencing manis agar penyakit tidak bertambah teruk. Dalam hal ini, penjagaan makanan dan minuman amat penting untuk mengelak obesity dan pertambahan glukosa dalam darah. Selain makan dan minum, penjagaan kaki amat penting kerana kawasan tersebut terlalu mudah untuk terluka dan susah untuk luka sembuh. Ikut cara penjagaan kaki yang efektif untuk pesakit diabetes/kencing manis ini.



Pengaliran darah yang tidak baik membuatkan luka pada kaki lambat sembuh. Hal ini terjadi kerana, paras gula yang tinggi akan merosakkan saraf pada bahagian kaki. Ekoran daripada saraf rosak ianya membuatkan anda tidak terasa sakit dan tidak perasan yang kaki anda ada terluka. Salur darah yang rosak ini juga menghalang zat-zat dalam darah yang diperlukan oleh sel-sel pada bahagian kaki untuk penyembuhan.


Jika penyembuhan luka ini lambat atau tidak dirawat dengan segera ianya akan menyebabkan tisu-tisu pada kaki akan mati. Alternatifnya kemungkinan kaki anda akan dipotong untuk memastikan kuman tidak merebak ke anggota badan yang lain.


MENCEGAH LUKA PADA KAKI


1. Pilih kasut yang bersesuaian apabila melakukan aktiviti harian untuk mengelak risiko kecederaan pada kaki.

2. Elak menggunakan kasut yang terlalu ketat 

3. Memakai kasut atau selipar dibuat daripada material yang lembut terutama pada pelapik tapak kaki.

4. Pemakaian stoking hendaklah jangan terlalu ketat, pilih material daripada kapas yang membantu penyerapan peluh.

5. Pilih size kasut yang betul-betul buat kaki anda selesa, ini kerana kasut yang terlalu kecik memberi tekanan kepada kaki dan boleh mendatangkan kemelecetan pada kaki.


CARA MENJAGA KAKI BAGI PESAKIT KENCING MANIS


1. Pastikan tiada kudis pada celah-celah jari kaki pesakit.

2. Elakkan kaki berpeluh terlalu lama

3. Sentiasa memeriksa kaki sama ada berpeluh atau tidak

4. Sentiasa cuci kaki menggunakan pembersih yang tidak berasid ianya untuk mengelak kulit kaki terhakis dan menjadi nipis.

5. Jangan mencuci kaki menggunakan berus yang kasar

6. Jangan biarkan kaki pesakit terlalu kering kerana ianya boleh membuatkan pesakit ingin menggaru, menggaru dengan kasar boleh melukakan kaki pesakit kencing manis

7. Guna pelembab yang bersesuaian dan elakkan sapu pelembab pada celah-celah jari.

8. Potong kuku secara berhati-hati, jangan biarkan terluka semasa proses potong kuku. Cara potong kuku perlulah mengikut bentuk kuku.

9. Sentiasa pakai sarung kaki atau selipar untuk mengelakkan tapak kaki terluka

10. Anda pencinta kucing atau haiwan yang boleh mencakar? Sila berhati-hati dengan cakar haiwan tersebut.



Penjagaan rapi kaki pesakit diabetes adalah amat penting. Ianya kerana kaki, membantu kita untuk bergerak dan untuk keseimbangan badan. Jom jaga kaki pesakit kencing manis sebaiknya agar rutin harian tidak terjejas.


Alternatif Selamat Atasi Masalah Penyakit Kencing Manis




AMALKAN SUPPLEMENT SHAKLEE YANG SEMULA JADI UNTUK MEMBANTU FUNGSI BADAN MENDAPATKAN NUTRISI SECUKUPNYA DAN MEMBOLEHKAN ANDA MENIKMATI KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN BAIK

You Might Also Like

0 comments

Daripada anda semua beli daripada dealer yang tidak tahu sah atau tidak ahli keshakleeannya, baik korang semua daftar terus jadi ahli shakl...