Cara Mudah Atasi Masalah Diabetes Ketika Hamil

Kencing manis atau diabetes merupakan masalah yang kerap dialami oleh ibu hamil. Masalah ini jika tidak dikawal dan dirawat, ianya memberi kesan buruk kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Jika ada ibu hamil mengalami masalah ini, anda semua jangan risau atau stress kerana terdapat beberapa tips dan cara untuk atasi dan cegah masalah kencing manis/diabetis ketika hamil.



CARA MENGESAN DIABETES KETIKA HAMIL

Apabila si ibu mempunyai salah satu faktor kehadiran diabetes, maka si ibu perlu membuat ujian tolenransi glukosa(GTT). Ujian ini sangat mudah dan dijalankan pada awal kehamilan dan diulang pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu.

Sebelum ujian ini dilakukan, si ibu hendaklah berpuasa pada malam sebelum ujian dilakukan. Puasa makan bermula pukul 10.00 malam. Si ibu hanya boleh minum air kosong atau air mineral sahaja.

Pada hari ujian, seawall pagi sebelum sarapan pagi, ujian darah akan dijalankan terlebih dahulu. Selepas itu, si ibu diberi minum dan perlu habiskan larutan gula yang berperisa oren,cola atau tanpa perisa. Si ibu perlu berehat selama 2jam tanpa makan atau minum. Selepas tamat tempoh 2jam tersebut,ujian darah akan diulang sekali lagi untuk melihat keputusannya.

Bacaan paras gula yang tinggi memberi makna yang si ibu mengidap kencing manis dan perlu dipantau dan diulang ujian tersebut pada tarikh yang akan diberikan oleh pihak klinik. 


KESAN BURUK MASALAH KENCING MANIS KETIKA HAMIL KEPADA BAYI


1. BAYI BESAR BERLEBIHAN

Si ibu perlu memastikan paras glukosa dalam darah terkawal, jika tidak terkawal bayi dalam kandungan berisiko membesar secara berlebihan di dalam kandungan. Hal ini terjadi kerana, bayi memberi respon kepada paras gula yang tinggi dan menghasilkan lebihan insulin. Kebiasaannya si ibu yang hadapi masalah ini akan dinasihatkan bersalin lebih awal diantara 38 hingga 40 minggu



Jika bayi dalam kandungan membesar sebelum usianya maka berat bertambah dan menyukarkan si ibu untuk bersalin secara normal. Ianya kerana, jika bersalin secara normal, memberi risiko tinggi untuk bahu bayi tersangkut semasa proses bersalin normal dan berkemungkinan menghadapi masalah kecacatan saraf. Oleh itu, si ibu perlu bersalin secara pembedahan untuk menyelamatkan ibu dan bayi dalam kandungan.


3. RISIKO KEMATIAN BAYI 

Jika paras gula tidak dikawal dengan baik, risiko paling menakutkan adalah kematian bayi dalam kandungan secara mengejut.


4. KENCING MANIS AWAL USIA

Bayi yang menghasilkan lebihan hormon insulin tadi turut akan mengalami paras gula rendah selepas kelahiran. Maka, bayi anda perlu dimasukkan dalam wad rawatan rapi bayi untuk pemerhatian oleh pakar paediatrik. Selain itu, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai kencing manis juga mempunyai risiko menghidap kencing manis dan masalah kegemukan bila ianya meningkat dewasa kelak.



TIPS ATASI MASALAH KENCING MANIS KETIKA HAMIL


1. DIET YANG SEIMBANG

Faktor diabetes yang utama adalah berat badan, maka tugas si ibu adalah memastikan berat badan berada dalam keadaan terkawal. Dalam hal ini, diet yang seimbang perlu diamalkan oleh ibu-ibu hamil agar tidak memakan mengikut nafsu semata-mata.


2. BERSENAM

Senaman memberi impak yang positif kepada ibu hamil, ini kerana apabila ada pergerakkan ianya membolehkan gula dalam darah bertukar menjadi tenaga dengan lebih cepat dan glukosa tidak terkumpul dalam darah dengan lebih lama. Bersenam juga amat bagus untuk memastikan badan si ibu lebih cergas.


3. PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN

Pemilihan makanan semasa hamil amat penting untuk memastikan semua nutrisi yang diperlukan oleh badan mencukupi. Asas kesihatan yang baik adalah apabila badan kita cukup nutrisi bagi membolehkan badan melaksanakan fungsinya. Pemakanan yang biasa kita ambil tidak menjamin kuantiti nutrisi cukup untuk badan terutama ketika hamil. Maka, tidak hairan lah para doctor juga menasihatkan untuk mengambil makanan tambahan seperti kalsium, vitamin c, b complex dan lain-lain multivitamin. 


4. ASID FOLIC

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetes berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan membantu mencegah bayi daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik.

Cara Mudah Atasi Masalah Diabetes Ketika Hamil


AMALKAN SUPPLEMENT SHAKLEE YANG SEMULA JADI UNTUK MEMASTIKAN IBU DAN BAYI DALAM KANDUNGAN MENDAPAT  NUTRISI SECUKUPNYA DAN MEMBOLEHKAN ANDA MENIKMATI KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN BAIK

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=664a26f366b9ef4988631e95af9b366d




WHATSAPP : 0146403509
Liley Wane Bt Anuar 
FACEBOOK : Liley Wane
Kawasan COD : Putrajaya/Dengkil/Cyberjaya
Jalan Kebun Shah Alam 
POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA DENGAN KADAR YANG SPECIAL

KENAPA VITAMIN SHAKLEE?




Anda Juga Berminat :

You Might Also Like

0 comments

Daripada anda semua beli daripada dealer yang tidak tahu sah atau tidak ahli keshakleeannya, baik korang semua daftar terus jadi ahli shakl...