Faktor Diabetes Ketika Hamil Yang Anda Perlu Tahu

Kehamilan memberi Rahmat yang tidak terhingga kepada pasangan suami isteri. Namun begitu, bagi wanita hamil, pelbagai masalah kesihatan lain yang timbul yang sebelum ini tidak ada masalah tersebut. Kebiasanya masalah yang biasa kita dengar adalah masalah darah tinggi, anemia, kencing manis dan banyak lagi. 



GESTATIONAL DIABETES(GD) 


Gestational Diabetes(GD) iaitu diabetes yang hadir apabila kita disahkan hamil. Kehadiran GD ini adalah kerana ada kerintangan insulin iaitu hormon yang badan kita hasilkan bagi mengawal atur paras gula di dalam darah dan ianya untuk memenuhi keperluan ibu ketika hamil. Ekoran hadirnya hormone ini, ia menjadikan paras gula dalam darah makin meningkat.


Apabila seseorang itu hamil, plasenta atau uri merupakan organ sementara akan terhasil dalam tubuh si ibu. Ianya bertindak sebagai penghubung antara ibu dengan bayi sepanjang tempoh kehamilan. Kehadiran uri ini menghasilkan pelbagai jenis hormone yang fungsinya untuk pastikan bayi dalam kandungan dalam keadaan selamat. Hormon ini juga boleh berlawan dengan insulin yang sedia ada dalam badan ibu. Agak malang sekali jika si ibu menpunyai gen diabetes, apabila ianya gagal melawan hormone ini akan menyebabkan kuantiti gula dalam darah meningkat. Bagi mereka yang tiada gen diabetes, insulin mereka kuat untuk melawan hormone yang terhasil daripada uri itu tadi.


Bagi ibu yang hanya hadapi masalah diabetes ketika hamil sahaja, selepas proses bersalin, plasenta/uri yang menghasilkan hormone yang berlawan dengan insulin tadi akan turut sama keluar. Maka paras gula dalam darah menjadi normal semula.

FAKTOR-FAKTOR GESTATIONAL DIABETES(GD) 

Setiap masalah akan ada faktor penyebabnya. Dalam hal ini, terdapat 4 faktor utama terjadinya GD yang perlu para ibu ambil tahu. Secara ringkasnya, faktor tersebut adalah seperti berikut :

1. Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih;

2. Sejarah kelahiran bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih;

3. Sejarah kandungan yang mempunyai Diabetes ketika mengandung;dan

4. Ibu bapa, adik-beradik yang juga mempunyai Diabetes.

Jika si ibu tergolong dalam salah satu faktor ini, maka tidak hairanlah si ibu akan hadapi masalah GD semasa hamil.

RISIKO DIABETES SELEPAS BERSALIN 

Selepas bersalin, si ibu akan diberi tarikh temujanji untuk ulang semula ujian toleransi glukosa (GTT), ini untuk memastikan si ibu bebas daripada masalah diabetes. Kebiasaannya tarikh ujian tersebut adalah selepas tempoh berpantang iaitu 6 minggu selepas bersalin. Jika ujian adalah positif, maka si ibu akan dirujuk kepada pakar perubatan untuk rawatan susulan diabetes.

https://vitaminnursyifa.blogspot.my/2017/11/cara-mudah-atasi-masalah-diabetes.html


SEKIAN, TERIMA KASIH :-)



WHATSAPP : 0146403509
Liley Wane Bt Anuar 
FACEBOOK : Liley Wane
Kawasan COD : Putrajaya/Dengkil/Cyberjaya
Jalan Kebun Shah Alam 
POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA DENGAN KADAR YANG SPECIAL

KENAPA VITAMIN SHAKLEE?




Anda Juga Berminat :

You Might Also Like

0 comments

Daripada anda semua beli daripada dealer yang tidak tahu sah atau tidak ahli keshakleeannya, baik korang semua daftar terus jadi ahli shakl...