Risiko Besar Bersalin Caesarean Yang Anda Tidak Tahu

“Puan kena emergency caesarean” keputusan yang dibuat oleh doctor itu memberi tekanan kepada ibu yang inginkan bersalin secara normal. Ramai yang bercerita bersalin secara pembedahan amat senang dan tidak memerlukan tenaga yang banyak dan yang lebih sedih apabila ada geng mangkuk tingkap yang selalu anggap keperitan, dan pengorbanan bersalin caesarean tidak setaraf dengan yang bersalin normal. Saya tidak setuju, bersalin normal atau pembedahan, keperitan dan pengorbanan adalah sama. Tujuannya adalah sama, harapan yang sama, iaitu mahukan bayi dilahirkan dengan selamat dan sihat. Ramai yang tidak tahu,  mereka yang bersalin secara pembedahan mempunyai risiko lebih tinggi daripada yang normal.  


RISIKO UTAMA BERSALIN CZER YANG RAMAI TIDAK TAHU

Kesan Bius
Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi suntikan epidural yang akan mengebaskan perut anda. Epidural lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am.
Namun begitu, apa-apa jenis pembiusan terdapat sedikit risiko. Selepas menerima suntikan epidural, sesetengah wanita mengalami:
1.       Sakit kepala yang teruk. Masalah ini melibatkan kira-kira satu peratus wanita.

2.      Kerosakan saraf. Ini jarang berlaku dan jika ia berlaku, ia hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu sahaja.

Jangkitan
Sebelum dibedah, kita akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan. Namun begitu, kira-kira lapan peratus daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian adalah:

1.       Jangkitan pada bahagian luka. Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.

2.      Jangkitan pada lapisan uterus (rahim). Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.


3.      Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.



Organ Melekat
Sama juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean.
Masalah ini  menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman. Dalam sesetengah kes, paling berisiko ianya boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya.

Darah beku
Apa-apa  pembedahan meningkatkan risiko  mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Antara tanda-tanda masalah ini termasuk:
1.       batuk
2.      sesak nafas
3.      kesakitan atau bengkak pada bahagian betis.

Kebiasaanya doktor mungkin akan memberi ubat untuk mencairkan darah dan perlu pakai stoking getah sokongan untuk memperbaiki peredaran darah pada kaki. Digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.

Kesakitan
Menanggung kesakitan selama beberapa minggu di Bahagian caesarean dan juga ketidakselesaan pada luka pembedahan. Kena makan ubat penahan sakit yang dibekalkan oleh pihak hospital untuk menahan sakit selepas habis  ubat bius. Makanan berpantang lebih ketat untuk memastikan luka tidak terluka atau bernanah.

Itu adalah risiko besar yang akan berlaku kepada para ibu yang bersalin secara pembedahan. Risiko amat tinggi, tetapi demi nyawa yang berada dalam rahim, risiko itu perlu ditempuhi dengan doa dan tawakal kepada Allah. Tiada yang sebaik perancangan, Hanya Allah yang Nyata.


Oleh kerana saya bersalin secara pembedahan yang sememangnya bukan dalam perancangan saya, saya hadapinya dengan baik dan Alhamdulillah sampai ke hari ini saya diberi kesihatan yang baik. Ikutipengalaman dan Tips Yang Saya Amalkan Ketika Berpantang Czer( Caesarean)

SEKIAN,TERIMA KASIH



You Might Also Like

0 comments

Daripada anda semua beli daripada dealer yang tidak tahu sah atau tidak ahli keshakleeannya, baik korang semua daftar terus jadi ahli shakl...