Cara Mengurangkan Protein Berlebihan Dalam Air Kencing

Ramai kalangan kita yang tidak mengamalkan minum air kosong secukupnya setiap hari, banyak alasan yang diberikan kepada tidak banyak minum air kosong. Seperti yang semua tahu, air kosong sangat bagus dan diperlukan oleh badan kita agar tidak mengalami dehidrasi. Selain itu, air masak yang cukup membantu organ dalam badan berfungsi dengan baik. Kebiasaanya penyakit yang biasa dihadapi jika kekurang air adalah masalah air kencing yang kotor dan memberi impak kepada buah pinggang. Selain kencing kotor, masalah protein dalam air kencing yang berlebihan. Protein yang ada dalam air kencing adalah perkara biasa, yang menjadikan ianya luar biasa adalah apabila protein berlebihan dalam air kencing. Bagi mereka yang alami masalah protein dalam air kencing berlebihan, ikuti cara mengurangkan protein berlebihan dalam air kencing dan memastikan buah pinggang anda tidak rosak. 


Protein berlebihan dalam air kencing iaitu dikenali sebagai proteinuria ini biasanya menjadi tanda awal kepada penyakit buah pinggang. Seperti yang anda tahu, buah pinggang berfungsi untuk menapis darah, buah pinggang yang sihat dan dalam keadaan baik akan mengekalkan benda penting untuk kegunaan badan dalam darah. Buah pinggang bertindak sebagai tempat menyingkirkan benda yang tidak diperlukan oleh badan atau lebihan air. Apabila berlaku kerosakan pada buah pinggang, bahan seperti protein akan turut disingkirkan dan disebabkan itu terdapat lebihan protein dalam air kencing. Namun terdapat faktor lain yang membuatkan protein berlebihan dalam air kencing, sebab itu kita disarankan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat agar fungsi dan organ badan menjadi lebih sihat.

Ramai antara kita tidak menyedari mereka mengalami masalah protein berlebihan kerana tiada tanda awal yang begitu ketara dirasainya. Diantara tanda-tandanya adalah, mengalami bengkak air, air kencing berbuih dan keruh, kebiasanya untuk mengenalpasti kehadiran protein yang berlebihan adalah melalui ujian air kencing. Terdapat beberapa punca lain yang membuatkan kebocoran protein ke dalam air kencing boleh berlaku antaranya adalah seperti berikut.

PUNCA-PUNCA LAIN PROTEIN BERLEBIHAN DALAM URIN

1. Pengambilan ubat-ubatan seperti NSAID

2. Alami jangkitan dalam air kencing

3. Menghadapi kerosakan buah pinggang yang paling ketara

4. Badan mengalami peningkatan jumlah protein yang abnormal

5. Terdapat gangguan sistem imun badan

6. Trauma 

7. Mempunyai toksin yang berlebihan dalam badan

8. Mengalami masalah pre-eklampsia

Selain daripada masalah buah pinggang, terdapat punca lain yang menyebabkan protein berlebihan yang bersifat sementara.

PUNCA-PUNCA LAIN

1. Air masak atau kosong yang tidak mencukupi setiap hari dan mengalami masalah dehidrasi.

2. Masalah yang sentiasa ada dan membuatkan emosi tidak stabil 

3. Berada dalam keadaan yang suhu rendah iaitu kesejukan yang melampau

4. Badan yang sistem imun rendah sehingga alami masalah demam dan selsema

Masalah protein dalam air kencing banyak berlaku jika mereka yang alami masalah buah pinggang. Dalam hal ini, jika buah pinggang sihat maka potensi untuk alami masalah protein berlebihan dalam air kencing adalah rendah. Penyakit buah pinggang kronik perlu dirawat dengan segera dan perlu merujuk kepada doctor. Terdapat cara untuk memastikan buah pinggang berada dalam keadaan sihat dan baik serta seterusnya mengurangkan risiko untuk menghadapi masalah lebihan protein dalam air kencing. 

TIPS MENGURANGKAN PROTEIN DALAM AIR KENCING

1. Amalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan pengambilan garam dalam masakan

2. Bagi mereka yang amalkan makanan protein, tukar sumber protein dari haiwan kepada sumber tumbuhan seperti soya yang mengandungi isoflavon.

3. Mengamalkan flaxseed dalam diet harian untuk membantu mengurangkan paras protein dalam air kencing dan tingkatkan fungsi buah pinggang.

4. Mengambil omega 3 atau minyak ikan yang berkualiti untuk memastikan tekanan darah dan fungsi buah pinggang bertambah baik.

5. Bagi mereka yang alami penyakit diabetis, paras gula dalam darah perlu dikawal kerana ianya boleh membuatkan paras protein dalam air kencing meningkat. Ini kerana, tahap glukosa yang tinggi boleh merosakkan buah pinggang dan seterusnya boleh menyebabkan lebihan protein dalam urin.

6. Pastikan air kosong/masak diambil dengan mencukupi setiap hari.

POLIFENOL DALAM VIVIX MEMBANTU ATASI MASALAH PROTEIN BERLEBIHAN DALAM AIR KENCING

Polifenol merupakan mikronutrien yang ada dalam makanan yang berasaskan tumbuhan. Ianya antioksidan yang sangat kuat untuk bertindak sebagai perisai bagi melindungi sel dari kerosakkan radikal bebas. Polifenol membantu mengawal paras gula dalam darah dan menggalakkan tekanan darah agar lebih normal. Dalam vivix mengandungi resveratrol untuk memastikan sel-sel terutama buah pinggang berada dalam keadaan sihat dan seterusnya mengelak daripada masalah lebihan protein dalam air kencing. 






AMALKAN SUPPLEMENT SHAKLEE YANG SEMULA JADI UNTUK MEMBANTU FUNGSI BADAN MENDAPATKAN NUTRISI SECUKUPNYA DAN MEMBOLEHKAN ANDA MENIKMATI KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN BAIK

"IKHTIAR SIHAT DENGAN KHAZANAH ALAM"




HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT SERTA KONSULTANSI PERCUMA


WHATSAPP : 0146403509
Liley Wane Bt Anuar 
Id Shaklee :1226806
FACEBOOK : Liley Wane
Kawasan COD : Putrajaya/Dengkil/Cyberjaya
Jalan Kebun Shah Alam

POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA DENGAN KADAR YANG SPECIAL

KENAPA VITAMIN SHAKLEE?


Anda Juga Berminat :



You Might Also Like

0 comments

Apabila sebut pasal berpantang mesti orang akan cari set berpantang yang paling terbaik dan berkualiti. Semua ibu-ibu berpantang inginkan ...