Cara Mengurangkan Protein Dalam Air Kencing Ketika Hamil

Protein berlebihan dalam air kencing semasa hamil merupakan masalah biasa bagi ibu hamil. Seperti yang ramai tahu, masalah protein berlebihan dalam urin ini berkait rapat dengan masalah buah pinggang dan juga terdapat punca-punca lain. Sebagai ibu hamil, kesihatan yang baik amat diperlukan agar bayi dalam kandungan berada dalam keadaan selamat. Oleh sebab itu, jika mengalami masalah protein berlebihan ini ianya sedikit sebanyak akan menganggu emosi ibu hamil. Untuk mengatasi masalah tersebut ibu hamil perlu positif dan jangan terlalu memikirkan masalah tersebut sehingga boleh menjejaskan kesihatan. Di sini terdapat beberapa cara mengurangkan protein dalam air kencing ketika hamil yang boleh diamalkan oleh semua ibu hamil.


Sistem buah pinggang berfungsi untuk menapis hasil buangan sisa dari darah serta mengekalkan benda yang diperlukan oleh badan kita ianya termasuklah protein. Semasa hamil terdapat punca-punca yang dikenalpasti kenapa adanya lebihan protein dalam air kencing.

PUNCA – PUNCA LEBIHAN PROTEIN DALAM AIR KENCING KETIKA HAMIL

1. PRA-EKLAMPSIA

Jika ibu hamil ada mengalami masalah pra-eklampsia ianya merupakan salah satu punca terdapat lebihan protein dalam air kencing. Dalam hal ini, apabila mengalami tekanan darah tinggi membuatkan sistem badan menjadi tidak teratur dan membuatkan paras protein dalam darah menjadi tinggi dan seterusnya membuatkan lebihan protein dalam air kencing. Ianya berkait rapat dengan kerosakan atau masalah buah pinggang.


2. MENGALAMI JANGKITAN PADA BUAH PINGGANG

Seperti yang ramai tahu, salah satu masalah lebihan protein dalam urin ini adalah kerana terdapat jangkitan atau kerosakan pada buah pinggang. Oleh sebab itu, ibu hamil perlu memastikan buah pinggang dalam keadaan baik dan sihat. Untuk mengelak terdapat jangkitan pada buah pinggang, penjagaan salur kencing juga perlu kerana bakteria atau kuman boleh menyebabkan jangkitan pada salur dan seterusnya merebak kepada buah pinggang.


3. DEHIDRASI

Selain punca di atas, ibu hamil yang tidak mengamalkan minum air masak yang secukupnya juga boleh membuatkan lebihan protein dalam urin. 


4. DEMAM DAN SELSEMA

Demam dan selsema ketika hamil juga menjadi punca terdapat lebihan protein dalam urin ketika hamil. 

Kehadiran protein dalam air kencing ketika hamil dapat dikenalpasti melalui ujian yang menggunakan kayu celup. Apabila ujian ini dibuat, paras protein dapat diketahui melalui bacaan yang telah dikelaskan iaitu dengan ukuran + sehingga ++++. Jika bacaan adalah +1 ianya adalah rendah, manakala jika +4 adalah bacaan yang tinggi. Kebiasaanya jika bacaan +1 ianya menunjukkan terdapat jangkitan pada salur air kencing.

Masalah protein berlebihan ini perlu diatasi dengan cepat untuk mengelak masalah lain. Bagi ibu hamil, terdapat beberapa tips untuk mengurangkan dan seterusnya mengelak hadirnya protein berlebihan dalam air kencing.

TIPS ATASI MASALAH PROTEIN BERLEBIHAN DALAM AIR KENCING

1. Amalkan pemakanan yang sihat iaitu banyakkan makan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Bijak memilih protein iaitu protein yang tanpa lemak dan jangan ambil daging merah yang berlebihan kerana protein jenis ini susah untuk dihadam.

3. Lebihkan menu ikan dalam diet harian.

4. Mengurangkan pengambilan garam dalam masakan

5. Banyakkan minum air masak setiap hari.

6. Bersenam

7. Stabilkan berat badan ketika hamil untuk mengelak diabetis dan tekanan darah tinggi.

8. Mengambil antibiotic semula jadi iaitu bawang putih dalam masakan ianya untuk mengelak jangkitan kuman pada salur air kencing.

Ibu hamil perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memastikan bayi dan kesihatan ibu terjamin. Nutrisi yang lengkap dan cukup setiap hari amat perlu kerana ibu hamil terdedah dengan banyak penyakit dan sistem imun badan terjejas. Dengan pengambilan nutrisi lengkap untuk ibu hamil, risiko masalah kesihatan adalah rendah. Dalam hal ini, semua mengimpikan melahirkan bayi dalam keadaan selamat dan cukup sifat dan sihat, oleh ibu pemakanan ketika hamil perlulah yang terbaik dan berkualiti. Shaklee menyediakan set nutrisi lengkap untuk ibu hamil yang amat sesuai dan selamat untuk diamalkan oleh ibu hamil untuk memastikan kesihatan yang baik. 


AMALKAN SUPPLEMENT SHAKLEE YANG SEMULA JADI UNTUK MEMBANTU FUNGSI BADAN MENDAPATKAN NUTRISI SECUKUPNYA DAN MEMBOLEHKAN ANDA MENIKMATI KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN BAIK

"IKHTIAR SIHAT DENGAN KHAZANAH ALAM"




HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT SERTA KONSULTANSI PERCUMA


WHATSAPP : 0146403509
Liley Wane Bt Anuar 
Id Shaklee :1226806
FACEBOOK : Liley Wane
Kawasan COD : Putrajaya/Dengkil/Cyberjaya
Jalan Kebun Shah Alam

POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA DENGAN KADAR YANG SPECIAL

KENAPA VITAMIN SHAKLEE?


Anda Juga Berminat :




You Might Also Like

1 comments

  1. saya amal set hamil ni dulu...ok sangat...tak de masalah masa pregnant

    ReplyDelete

Apabila sebut pasal berpantang mesti orang akan cari set berpantang yang paling terbaik dan berkualiti. Semua ibu-ibu berpantang inginkan ...