Cara Mudah Dan Selamat Atasi Masalah Patah Tulang

Apabila berlaku kemalangan dan menyebabkan tulang patah ianya memberi kesan yang buruk kepada perjalanan rutin harian kita. Terdapat banyak jenis kemalangan yang boleh menyebabkan patah. Bagi mereka yang menaiki motor dan alami kemalangan ianya sangat berisiko untuk alami tulang patah. Ada juga mereka yang jatuh tangga dan membuatkan kaki patah atau tangan patah. Harus di ingatkan jangan mengambil mudah akan patah kerana ianya boleh membawa kepada kematian. Bagi mereka yang alami patah tulang, seharusnya mengamalkan makanan yang sihat dan boleh ikuti cara mudah dan selamat ini untuk atasi masalah patah tulang.


Keretakan, putus, kepatahan yang berlaku pada tulang itu kita namakan alami patah. Patah ianya merujuk kepada satu kekuatan yang ada kepada mana-mana Bahagian rangka badan kita dan alami keretakan atau putus. Dalam keadaan ini patah adalah berbeza mengikut jenis kemalangan yang di alami, jika size patah kecil ianya tidak merbahayakan nyawa, namun jika ianya besar dan teruk ianya boleh membawa kepada kematian. Kebiasanyaan kematian yang berlaku akibat daripada patah adalah apabila patah pada Bahagian pelvis atau leher.

SEBAB BERLAKUNYA PATAH

1. Badan kekurangan kalsium 

2. Pesakit osteoporosis

3. Alami kemalangan jalan raya

4. Jatuh dan terima hentaman yang kuat

TANDA-TANDA PATAH

1. Sakit pada Bahagian kemalangan atau jatuh 

2. Bengkak atau lebam

3. Tidak mampu menggerakkan anggota yang sakit

KOMPLIKASI YANG BOLEH BERLAKU JIKA ALAMI PATAH

1. Mengalami kecederaan saraf

2. Masalah salur darah tidak berfungsi dengan lancar

3. Kehilangan darah

4. Alami jangkitan kuman pada Bahagian yang patah

5. Tidak sedar diri



Tulang yang patah memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya, ada yang bergantung terus dengan alat yang dimasukkan dalam badan untuk menyokong. Namun teknologi dan amalkan pemakanan yang seimbang sekarang membolehkan membuatkan tulang yang patah sembuh dengan baik.

PROSES PENYEMBUHAN PATAH

1. Keradangan atau Bengkak

Bengkak akan mengambil masa beberapa hari kerana pembekuan darah terjadi di tempat patah tersebut untuk memberik kestabilan pada rangka awal dan struktur tulang yang baru. 


2. Penyingkiran Sel-sel Tulang Yang Rosak

Sel-sel tulang yang rosak dan darah beku tersebut akan dibuang atau dikeluarkan untuk memastikan sel-sel yang baru lebih sihat dan kuat tanpa jangkitan kuman.


3. Pembentukkan Semula Tulang Yang Baru

Pembentukkan semula tulang-tulang yang kuat bergantung kepada pemakanan dan faktor usia. Dengan mengamalkan pemakanan yang tinggi kalsium dan seimbang membantu mempercepatkan proses penyembuhan yang menyeluruh.

TIPS MEMPERTINGKATKAN PENYEMBUHAN PATAH TULANG

1. MENGAMALKAN PENGAMBILAN KALSIUM

Kalsium yang lengkap diperlukan untuk memastikan tulang lebih sihat dan kuat dan kalsium merupakan mineral yang penting dan utama dalam tulang. Dengan mengamalkan kalsium lengkap setiap hari ianya membantu mempercepatkan penyembuhan tulang yang patah. Antara makanan yang kaya dengan kalsium adalah badam, tauhu, bijan, brokoli dan produk tenusu yang rendah lemak.


2. PENGAMBILAN VITAMIN K YANG MENCUKUPI

Vitamin K penting untuk mencegah pendarahan apabila berlaku patah tulang. Jika vitamin K berkurangan dalam badan ianya membuatkan pendarahan yang banyak. Vitamin K membantu mempertingkatakn keupayaan badan untuk menyerap kalsium daripada makanan antara makanan tersebut adalah seperti senarai di no.1. 


3. AMALKAN MAKANAN YANG KAYA DENGAN LYSINE

Lysine adalah asid amino yang diperlukan untuk proses metabolisme. Asid amino dalam protein berfungsi sebagai batu binaan untuk pembaikan selular. Ianya membantu menguatkan otot-otot dan ligament tulang agar lebih sihat dan kuat. Antara sumber makanan yang kaya dengan lysine adalah daging lembu, soya, kacang merah, kacang kuda, ikan dan banyak lagi sumber protein lain.


4. PENGAMBILAN VITAMIN C

Apabila mengalami patah tulang, sistem imun badan akan menurun dan akan membuatkan anda cepat alami demam dan selsema. Untuk memastikan sistem imun badan lebih stabil dan tinggi untuk melawan jangkitan, anda perlu mengamalkan vitamin C secukupnya. Vitamin C juga membantu menguatkan tisu penghubung agar cepat patah tulang sembuh.

CARA MUDAH UNTUK CEPATKAN TULANG PATAH SEMBUH

1. OSTEMATRIX

Mengandungi kalsium lengkap untuk memastikan tulang sihat dan kuat.


2. ESP 

Mengandungi asid amino yang diperlukan untuk menguatkan otot-otot dan menghasilkan sel otot yang sihat dan kuat


3. VITA LEA

Multivitamin yang lengkap untuk memastikan badan lengkap dengan nutrisi harian dan mempercepatkan tulang patah sembuh dengan elok


4. VITAMIN C

Menghasilkan kolagen yang penting untuk pemyambungan tisu-tisu yang rosak dan meningkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan kuman dan bakteria.


5. OMEGA GUARD

Membantu mengurangkan keradangan/bengkak yang dialami oleh anda dan omega 3 membantu melancarkan pengaliran darah untuk mengelak darah membeku.






AMALKAN SUPPLEMENT SHAKLEE YANG SEMULA JADI UNTUK MEMBANTU FUNGSI BADAN MENDAPATKAN NUTRISI SECUKUPNYA DAN MEMBOLEHKAN ANDA MENIKMATI KEHIDUPAN YANG SIHAT DAN BAIK








WHATSAPP : 0146403509
Liley Wane Bt Anuar 
Id Shaklee :1226806
FACEBOOK : Liley Wane
Kawasan COD : Putrajaya/Dengkil/Cyberjaya
Jalan Kebun Shah Alam


POSTAGE KE SELURUH MALAYSIA DENGAN KADAR YANG SPECIAL
KENAPA VITAMIN SHAKLEE?


Anda Juga Berminat :















You Might Also Like

0 comments

Apabila sebut pasal berpantang mesti orang akan cari set berpantang yang paling terbaik dan berkualiti. Semua ibu-ibu berpantang inginkan ...