Tempat Menarik Di Cameron Highland (Cerita Pendek Pengalaman ke Cameron)

Percutian singkat ke Cameron Highland bersama suami dan puteri kami memang seronok. Perancangan ke Cameron memang sudah lama tetapi masa belum ada, pada 5/1/2018 baru berkesempatan pergi ke sana. Trip ke sana kami bawa sekali anak saudara dua orang, lagi ramai lagi best terutama budak-budak lagi suka bercuti, banyak tempat yang boleh dilawati di cameron highland ni. Jom ikuti pengalaman pendek kami bercuti di Cameron Highland.


Kami menempah hotel bajet di kawasan Brinchang, hotel Jasmine oleh kerana ramai yang bagi review pasal hotel ni, Jadi kita cuba lah kali ini. Rm150.90 untuk 1 malam dan bilik jenis Triple iaitu 1 katil queen dan 1 katil single. Hotel dah tempah, oh yea saya tempah melalui Agoda.com. Ingat nak tempah terus dengan hotel tetapi macam susah, jadi kami guna Agoda kebetulan bilik yang kami nak tu agoda ajer yang ada. Booking.com, trivago atau yang lain kebanyakkan dah habis. 

Berbalik kepada trip kami,pada hari kejadian,kami bertolak dari Jalan Kebun, Klang Pukul 12.30 tengah hari(kenapa bukan dari putrajaya? Kami ada hal sikit dekat sana pagi tu). Sampai bentong pukul 3 petang lebih rasanya lupa nak tengok jam, kami ke bentong dulu sebab nak bawa anak saudara sekali. Secara tepatnya kami bertolak pukul 4 petang melalui Raub dan Sungai Koyan. Bagi mereka yang teringin tengok alam semula jadi yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan anda semua boleh lalui jalan ini ke Cameron Highland. Sebelum menuju ke Cameron Highland tu, pastikan minyak kereta anda penuh, boleh mengisinya di petronas sungai koyan kerana lepas anda semua masuk simpang ke Cameron memang dah tiada pump minyak. Yang ada memang dah dekat Ringlet, jadi sila isi minyak penuh-penuh.

Perjalanan kami ditemani bukit bukau yang cantik, memang tidak rugi lalu laluan tersebut memang cantik pemandangannya. Perjalanan kami dari bentong(kuartes penjara mempaga) ke Brinchang mengambil masa 3 jam lebih dan macam biasa budak-budak kalau dan kena aircond memang tidur lah. oh yea tiada siaran radio jika guna laluan tersebut, elok benar lah anda semua kena banyakkan zikir baru berkat. 

Sampai sahaja Tanah Rata dah rasa dah udara sejuk, kami bukak tingkap kereta dan biarkan udara sejuk masuk dalam kereta, budak-budak tu memang teruja la, saya pun teruja. Haha. Kami sampai di hotel Jasmine dah hampir magrib, semua Nampak macam dah penat, masuk hotel kami mandi dulu dan rendam Maggi. Makan Maggi dalam kesejukan memang best sangat-sangat lah kan.hehe sekali sekala makan maggi,hehe.. Hotel ini ade air panas jadi tiada alasan untuk tidak mandi yea. Oh yea yang best hotel ini ade untuk masak air, senang la sikit untuk rebus air untuk rendam Maggi.

makan maggie dulu
Oleh kerana semua dah siap, Moh ler kita ke Pasar Malam, pasar malam dah pindah tempat, jadi kami nak senang guna aje google maps taip pasar malam cameron, sebenarnya senang jer cari tempat baru tapak pasar malam tu, tapi saje nak guna goggle maps. Alhamdulillah kami mendapat parking yang dekat, kali ini semua parking senang untuk kami, berkat duk berzikir sepanjang perjalanan.:-D jom tengok gambar-gambar kenangan kami di Cameron, bab makan bawah lagi kita cerita.
suasana bilik triple.selesanya



dah boleh jalan dah saya ibu.

pasar malam cameron di sungai ruil, jalan nak masuk ke Golden Hills

sejuk udara sini.best..
makan kfc sahaja

lepas balik pasar malam dan makan kfc, BOS besar nak menyusu
sejuk udara luar, jom minum hot chocolate.


keesokkannya kami ke kea farm cari stroberyyy


2 bekas RM15, murah murah murah
s corner untuk beli cendawan organik. 
Big red Strobery :-D macam biasa, syifa susah nak bergambar

mykeluarga kecik, me, husband n syifa..abaikan selipar buruk tu, kasut rosak..hoho
geram weiii tengok salad ni. 

kalau ada sos kewpie ni memang sedap makan dengan salad
petik stroberyyyy





bagi pengalaman dekat budak-budak ni petik stroberi.. RM30 1/2kilo 

macam biasa, akan bekerja juga sambil bercuti.hehehe 
amik gambar banyak-banyak. time bercuti, kedai shaklee still buka.. dan dapat order.alhamdulillah


Sekarang cerita bab makan, kalau datang Cameron tempat makan memang senang nak cari tetapi nak cari yang sedap dengan tekak memang susah sangat. Makanan dekat food court depan hotel pun tidak kena dengan selera tambahan lagi harga boleh tahan mahalnya. Nak senang kami makan kfc. 

Kesimpulannya trip ke Cameron memang seronok, hotel memang saya syorkan anda boleh tempah hotel Jasmine tu. Sebelum ni kami selalu duduk dekat parkland hotel, kali ini cuba Jasnime memang best dan selesa, bagi yang datang 4-6 orang bilik Triple tu boleh muat. Tempat makan tiada yang best, KFC yang best, tempat-tempat yang dilawati memang cantik-cantik. Ingatkan nak pergi kedai yang viral tu nasi lemak strobery , opah strobery dekat kampung Taman Sedia tu, tetapi parking susah sangat. Cancel la, terus pergi ke lokasi lain.
kami tengok jer dari luar, ramai orang, kebetulan ada kenduri kahwin, jadi laluan sempit


Last sekali sebelum balik kami makan di food court Tanah Rata, makan nasi ayam dekat kak yam corner memang sedap RM6.00, portion nasi ayam tu memang sikit lah tetapi rasa sedap. Kami bertolak balik pukul 3.00 petang lebih sampai mempaga pukul 6 lebih.  
nasi ayam tanah rata

Bagi mereka dari Kuala Lumpur dan yang jenis suka alam semula jadi, boleh ikut laluan sungai koyan untuk ke Cameron, tol pon jimat dan lepas pergi Cameron, boleh singgah pula ke genting highland dan bukit tinggi Colmar tu. 
jom balikkkkkk

Tips untuk mereka yang bawa budak-budak bercuti, sila pastikan mereka perut kenyang, dan bagi ibu muda yang bawa anak kecil macam saya bawa syifa, sila sediakan rancangan kegemaran mereka untuk elak mereka mengamuk dalam kereta. Tetapi jangan bagi dia tengok telefon/tab tu sepenuhnya, selang seli dengan senda gurauan. Baru enjoy!!! Budak kecil mana nak tengok sekeliling macam kita kan.

Bercuti memang best, duit pon best, tetapi sekali sekala memang kena pergi bercuti memang best sangat. Banyak kelebihan bercuti ini, siapa yang nak pergi bercuti pastikan anda ada perancangan. Contohnya buat tabung bercuti dari sekarang, pilih lokasi yang anda hendak pergi. Memang syokkkk!!!!.

Saya memang setiap tahun akan bercuti, sejak aktif jalankan perniagaan Shaklee memang lagi best bercuti sebabnya bonus Shaklee setiap bulan boleh dimasukkan dalam tabung Bercuti.

DOA MUSAFIR

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى ، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا السَّفَرَ ، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ



“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami.”

jom mulakan tabung bercuti anda dari sekarang!!!!
ciptakan memori indah percutian anda dalam sejarah kehidupan anda.

You Might Also Like

0 comments

Daripada anda semua beli daripada dealer yang tidak tahu sah atau tidak ahli keshakleeannya, baik korang semua daftar terus jadi ahli shakl...