Tips Mudah Menjaga Kulit Muka Bagi Umur 30an

Usia semakin bertambah membuatkan perubahan kepada kulit wajah. Bagi mereka yang menjaga kulit muka dari usia awal ianya memberi rasa lega dan hanya perlu kekalkan sahaja penjagaan tersebut. namun, berbeza kepada mereka yang alpa dan tidak menjaga kulit muka dari awal usia kerana ianya memberi kesan yang teruk. Peringkat umur 30an membuatkan wanita di luar sana sedar akan perubahan pada muka dan sudah pasti sedang menjadi produk-produk yang boleh menyerikan lagi kulit muka. Bagi golongan umur 30an, terdapat beberapa cara untuk menjaga kulit muka agar kekal muda dan sihat.


Pada peringkat umur 30an ini, terdapat beberapa masalah kulit muka yang mula muncul. Masalah ini sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan kerana kelihatan semakin tua sebelum usia. Antara masalah yang golongan ini hadapi adalah seperti berikut.

MASALAH MUKA PADA UMUR 30-AN

1. Kemunculan Garis Halus Dan kedutan

Pada peringkat umur ini, jika tidak menjaga kulit muka dengan elok ianya semakin kelihatan kemunculan garis halus dan kedutan. Terutama pada Bahagian tepi mata dan Bahagian tepi hidung menghala ke mulut. Kehidupan yang penuh dengan kesibukkan boleh menyebabkan kedutan cepat timbul. 


2. Kulit Kusam, Tona Kulit Tidak Sekata dan Pigmentasi

Masalah-masalah ini jika berlaku perlu diatasi segera kerana jika dibiarkan ianya akan melambatkan proses pemulihan sel. Faktor cuaca, pencemaran, tekanan kerja dan lain-lain boleh menyebabkan masalah-masalah tersebut. 

3. Kehilangan Kolagen dan Elastin

Paras kolagen dan elastin pada peringkat umur 30an semakin menurun dalam badan. Adalah amat penting untuk golongan ini menambah kolagen bagi memastikan keanjalan dan paras kolagen dalam paras yang selamat. 

4. Pembaharuan Sel Semakin Perlahan

Kerosakan kulit muka ekoran daripada radikal bebas membuatkan sel kulit rosak. Pada peringkat umur 30an, pembaharuan sel berlaku tetapi ianya semakin perlahan. Oleh sebab itu, jika mereka yang hadapi masalah kulit muka ianya lambat pulih dan elok, ini disebabkan pembaharuan sel semakin perlahan. 

Masalah ini memberi tekanan kepada wanita diluar sana untuk tampil berseri. Untuk memberi kesedaran, golongan ini perlu mengamalkan beberapa langkah mudah untuk memastikan muka kembali berseri.

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK ELAK MUKA BERMASALAH

1. RUTIN PENJAGAAN KULIT HARIAN

Penggunaan pencuci muka untuk mencuci muka, memakai toner dan pelembab, 3 perkara ini amat asas untuk menjaga kebersihan muka bagi mengelak kotoran pada kulit wajah.

2. PERLINDUNGAN MATAHARI

Seperti yang ramai tahu, pancaran cahaya matahari di Malaysia amat panas dan tidak menentu memerlukan kita memakai perlindungan matahari bagi melindungi kulit muka daripada terkena pancaran matahari yang boleh merencatkan sel dan ianya boleh memusnahkan nutrien. 

3. MEMBINA KOLAGEN DAN ELASTIN

Kolagen amat penting untuk kulit dan ianya adalah pelekat untuk memastikan kulit kuat dan anjal. Pengambilan kolagen amat penting untuk golongan ini untuk memastikan paras kolagen mencukupi dalam badan. Sentiasa menggunakan krim malam untuk merawat muka semasa tidur dan ianya sangat penting pada umur 30an.

4. PENGGUNAAN SERUM

Serum diperlukan oleh golongan ini untuk membantu menyokong penghasilan kolagen dan ianya untuk pembaharuan sel. Nutrient daripada serum diperlukan untuk mengekalkan wajah yang berseri dan cerah.

Peringatan kepada golongan ini untuk sentiasa menambah kolagen harian. Untuk memudahkan dan menjimatkan masa anda boleh mengamalkan beberapa produk dari Shaklee. Jangan risau akan kesan dan kualitinya kerana Shaklee dijamin selamat dan berkesan.

CARA MUDAH DAN SELAMAT UNTUK MENJAGA KULIT MUKA PADA USIA 30-AN

1. PENJAGAAN DALAMAN

1.1 SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Shaklee Collagen Powder menyediakan kepada anda 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah.
Bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6. Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi.

Pek individu untuk pengambilan segera, bila-bila masa, di mana sahaja*

Tahukan Anda

Kolagen bertindak seperti “gam” yang mengikat tubuh anda dan ia ditemui dalam otot, tulang, tendon dan paling banyak, dalam kulit. Kolegen dikenali kerana manfaatnya kepada kulit, seperti menjadikan kulit anda lebih tegang, elastik, dan gebu, mengurangkan liang pori, kedutan dan garis halus, merangsang kulit yang lebih cerah dan licin, kuku yang kuat serta rambut yang lebat dan bersinar.

Pengeluaran kolagen secara semula jadi berkurangan apabila umur bertambah, menyebabkan kulit kendur, kedutan dan garis halus terbentuk dan rawan pada sendi menjadi lemah. Tingkatkan kolagen anda sekarang untuk kulit yang kelihatan lebih sihat!

1.2 SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS

Vitamin C adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh, dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik. Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh anda. kelebihan lain vitamin c ini adalah untuk menghilangkan parut jerawat yang degil. Juga memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan kolagen dengan mengekalkan enzim-enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.

Tahukah Anda?

Tubuh anda mampu melakukan pelbagai perkara, tetapi ia tidak dapat menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh itu, anda perlu sentiasa mengambil vitamin C untuk tubuh anda melalui pemakanan harian dan suplemen.

Keistimewaan Shaklee

Sustained Release Vita-C PlusTM adalah produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya.

1.3 ESP 

Sumber protein soya non-GMO ini telah dihasilkan di bawah Program Pemeliharaan Identiti(IPP), yang bermaksud sumber kacang soya ini dipantau dan dikawal dengan ketat sepanjang proses penanaman sehingga pemprosesan. Ianya menghasilkan sumber protein yang berkualiti tinggi. Bagi mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam ianya adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut. Oleh itu, pengambilan protein setiap hari membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.

1.4 GLA COMPLEX

GLA adalah jawapan kepada kulit yang cantik dan berseri. GLA adalah asid lemak omega-6 penting yang digunakan oleh badan anda untuk menghasilkan prostaglandin- bahan yang membantu mengawal pelbagai fungsi tubuh, termasuk kesihatan kulit anda. Miliki kulit yang sihat dan lembut dengan Shaklee GLA Complex. Dengan mengamalkan GLA ianya dapat Kekalkan Kelembapan Kulit, Membantu meningkatkan kelembapan kulit dan Membantu mengembalikan kehalusan serta kelembutan kulit.


2. PENJAGAAN LUARAN

2.1 YOUTH

Dihasilkan secara klinikal oleh pakar kulit bertaraf dunia, YOUTH merupakan skin care yang pertama memberi jaminan 100% tanpa kompromi dengan hasilnya, wanita telah dibuktikan secara kilinikal memiliki kulit yang kelihatan lebih muda dan sihat. Dihasilkan sepenuhnya dari sumber tumbuh-tumbuhan dan ianya bebas daripada bahan kimia yang merbahaya.

klik link testimoni Youth Untuk Melihat Hasilnya




“BERTINDAK SEKARANG, UNTUK KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DI MASA AKAN DATANG”

"IKHTIAR SIHAT DENGAN KHAZANAH ALAM"


HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT SERTA KONSULTANSI PERCUMA


WHATSAPP : 0146403509
Liley Wane Bt Anuar 
Nombor Keahlian Shaklee :1226806
FACEBOOK : Liley Wane
Kawasan COD : Putrajaya/Dengkil/Cyberjaya
Jalan Kebun Shah Alam
*campuran bahan-bahan untuk membuat masker berasaskan semula jadi, jika berlaku keradangan pada kulit semasa memakainya, sila bersihkan dengan air bersih, mungkin anda alah kepada bahan-bahan yang digunakan untuk membuat masker.






You Might Also Like

0 comments

Daripada anda semua beli daripada dealer yang tidak tahu sah atau tidak ahli keshakleeannya, baik korang semua daftar terus jadi ahli shakl...