3 Perkara Penting yang Perlu Anda Tahu Dalam Bisnes

Bisnes merupakan salah satu cabang untuk kita mengubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Ramai orang salah anggap bahawa, dunia bisnes boleh membuatkan kita bankrap. Tidak dinafikan ada bisnes yang memang akan membuatkan kita bankrap dan ada juga bisnes boleh membuatkan kita Berjaya. Untuk berbisnes ianya tidak susah jika kita tahu lubuk dan cara yang betul untuk berbisnes. Jom ikuti 3 perkara penting yang perlu tahu dalam bisnes yang dianggap tidak susah dan sangat berbaloi. 

Saya tidak mahu berselindung lagi dan putar belit, terus terang saya cakap bisnes Shaklee sangat bagus dan ianya pengorbanan yang sangat berbaloi. Tiada niat langsung untuk menceburi bidang bisnes ini kerana saya juga macam anda semua iaitu takut gagal dan rugi. Setelah mendalami peluang yang ditawarkan oleh Shaklee ternyata bisnes Shaklee sangat berbeza dengan bisnes lain. 

1. Percaya Rezeki Allah 

Sejauh mana dan sekuat mana pun berusaha kita akan kembali kepada fitrah iaitu kita kena percaya bahawa rezeki milik Allah. Dalam kalangan kita banyak yang mendapat rezeki yang banyak, golongan ini kita patut dekati dan belajar cara dia yakin dengan konsep rezeki milik Allah. Ada juga golongan kita yang berusaha dan terus berusaha namun tidak diberikan kemewahan yang diinginkan. Ingat la semua, jangan berhenti untuk terus berusaha kerana setiap usaha kita aka nada hasilnya. Masa, di mana dan bagaimana kita tidak mengetahuinya, mungkin bukan pada umur muda, kesenangan dikurniakan oleh Allah pada usia tua, bab rezeki kita tidak boleh nak jangka. Oleh sebab itu, kudrat dan kelebihan diri kita perlu gunakan untuk terus berusaha. Tidak susah untuk kita percaya bahaya Allah Pemberi Rezeki, Yakinla Dengan-Nya. 


2. Pengorbanan Untuk Berjaya 

Memang tidak susah untuk berbisnes jika kita melakukan sedikit perubahan dan pengorbanan dalam diri kita. Pengorbanan yang saya maksudkan adalah masa. Dalam menguruskan bisnes, pada awal-awalnya kita perlu korbankan masa untuk focus dalam merancangan,melaksana, menilai dan tambah baik bisnes yang kita lakukan. Dalam perniagaan Shaklee pengorbanan yang dibuat adalah sangat berbaloi. 


3. Tulang Belakang 

Bisnes Shaklee mengajar dan menyedarkan kita yang kekuatan kita seorang tidak mencukupi untuk lebih motavasi. Bisnes Shaklee adalah bisnes keluarga dan dengan pendekatan ini membuatkan kita lebih menghargai orang sekeliling kita. Jika anda semua masih mencari peluang bisnes yang happy go lucky dan boleh meluangkan masa yang lebih dengan keluarga, Shaklee adalah yang terbaik dan pilihan yang sangat bagus. Aura dalam bisnes Shaklee sangat berbeza dengan bisnes lain. Untuk lebih maju dan berkembang, keluarga memang akan menjadi tulang belakang yang terbaik. 


4. Cara Pemikiran 

Tidak susah bisnes Shaklee sebab semua Shaklee sediakan dan kita hanya perlu lebih kreatif untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak. Bisnes Shaklee juga mengajar kita untuk berfikir dengan lebih matang, senang cerita ianya membuatkan corak pemikiran kita berbeza daripada kita yang dahulu. Jika anda semua masuk ke dunia Shaklee, anda akan tahu dan faham apa yang saya maksudkan. Mungki selama ini kita berfikir untuk diri kita dan keluarga kita, tetapi selepas mendalami dunia Shaklee kita akan berubah dan kita berpeluang untuk menolong orang sekeliling kita untuk Berjaya macam kita juga. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menghulur, ini kerana tangan yang memberi akan terus memberi dengan rezeki yang semakin bertambah. 

3 perkara di atas sangat penting untuk kita menilai kemampuan kita untuk lebih Berjaya dalam bisnes. Hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia dan yang paling penting pemikiran dan niat kita untuk membantu akan memberi ganjaran yang lebih banyak. Di mana, bila dan bagaimana itu kerja Allah, dan perlu ingat Tiada Usaha Yang Sia-sia. 


WHATSAPP : 0146403509
Liley Wane Bt Anuar 
Nombor Keahlian Shaklee :1226806
FACEBOOK : Liley Wane
PAGES : KEDA LR

You Might Also Like

0 comments

Daripada anda semua beli daripada dealer yang tidak tahu sah atau tidak ahli keshakleeannya, baik korang semua daftar terus jadi ahli shakl...